PETALING JAYA – Meneruskan momentum untuk mengukuhkan hubungan serantau, Pengerusi Eksekutif Oxford United Sdn. Bhd. (Oxford United), Datuk Seri Zakaria Abdul Rahman telah berjaya melakar sejarah baharu untuk mengaktifkan semula perkhidmatan kapal dagang antara Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Utama Aceh di Lhokseumawe.
Persetujuan ini dimuktamadkan melalui lawatan kerja beliau ke Aceh, Indonesia baru-baru ini selepas mengadakan pertemuan dengan Gabenornya, Muzakir Manaf.
“Kerjasama ini didorong oleh komitmen dua hala, menandakan fasa baharu dalam memperkukuh ikatan perdagangan dan ekonomi antara Malaysia dan Aceh.

“Fasa pertama operasi akan bermula dengan kapal muatan kargo sahaja, manakala perkhidmatan penumpang dijangka diperkenalkan sebelum akhir tahun 2026,” katanya dalam kenyataan.
Zakaria menerangkan, persetujuan tersebut dicapai berteraskan kepada prinsip kerjasama menang-menang dan ia dicapai dalam satu lawatan timbal balik kepada kunjungan rasmi …
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: