PETALING JAYA – Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-68, Yayasan Peneraju (YP) terus menyemarakkan semangat patriotisme dengan membuka lebih banyak peluang untuk pembangunan bakat bumiputera melalui penawaran tambahan 3,000 slot baharu bagi program pensijilan teknologi dan profesional.
Sejak awal tahun, lebih 9,000 penerima faedah aktif telah memulakan pengajian di bawah pelbagai program pembiayaan YP.
Melalui penambahan ini, jumlah keseluruhan dijangka mencecah 12,000 enrolmen/kemasukan menjelang akhir tahun 2025.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani, berkata, pihaknya komited untuk melihat lebih ramai bakat bumiputera berada di barisan hadapan pembangunan negara, jadi yayasan telah menambah
seberapa banyak enrolmen/kemasukan yang boleh, bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
Menurut beliau, bagi bidang teknologi, lebih 90 program latihan ditawarkan termasuk Ethical Hacking, Cybersecurity, Enterprise AI and Data Practitioner, serta ArchiMate® EA…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: