Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan momen akad nikah pasangan pengantin, Farisya Azwin dan suami, Aiman.
Mas kahwin 88gram emas
Menerusi video tersebut, majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan itu bagaimanapun mencuri perhatian ramai apabila jumlah mas kahwin yang diberikan kepada pengantin perempuan menjadi bualan netizen.
Difahamkan, Farisya menerima mas kahwin berupa emas seberat 88 gram daripada suaminya.
Perkara itu turut mengundang pelbagai reaksi warganet yang pantas membuat kiraan di ruangan komen, dengan anggaran nilai emas berkenaan mencecah kira-kira RM45,000.
Tidak kurang juga, ada yang meluahkan rasa kagum dengan pemberian tersebut, selain menganggap ianya sebagai simbol kesungguhan seorang suami dalam menghargai pasangannya.
Komen netizen


Sumber: TikTok Farisya Azwin
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: