PETALING JAYA – Sans Wellness, pusat pengurusan kesihatan kecantikan yang menggabungkan terapi semula jadi dengan teknologi moden, mempelawa pelanggan muslim untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan kerana produk yang digunakan adalah halal.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Grace Tan San Chin berkata, selama ini ramai yang menjangkakan pelanggan kami hanya tertumpu kepada bangsa lain tetapi semua perkhidmatan yang ditawarkan bersesuaian untuk semua, tidak mengira bangsa dan agama.
“Kami cakna dengan keraguan pelanggan muslim terhadap produk-produk penjagaan kecantikan dan kesihatan di tawarkan di sini, yang pastinya ia telah mendapat pensijilan halal,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelantikan artis, Angela Chan sebagai duta jenama rasmi syarikat di sini baru-baru ini.

Selain itu, Grace menjelaskan, bersempena ulang tahun ke 25 syarikat, pihaknya memperkenalkan teknologi Genki Spectrum bertaraf perubatan, yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: