Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Selepas Pengeluaran Waktu Covid-19 Berjumlah RM145 Bilion, KWSP Mula’Misi Gila’ Pulihkan Tabungan Ahli

today8 September 2025

Background
Selepas Pengeluaran Waktu Covid-19 Berjumlah RM145 Bilion, KWSP Mula'Misi Gila' Pulihkan Tabungan Ahli


Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang berusaha untuk membina semula simpanan pencarum selepas RM145 bilion dikeluarkan melalui empat kemudahan pengeluaran berkaitan Covid-19.

Dipetik dari NST, beliau berkata pengeluaran itu melibatkan 8.2 juta pencarum melalui kemudahan i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas.

Sehubungan itu, beliau berkata, fokus kini adalah untuk mengukuhkan simpanan persaraan dan memastikan ahli menikmati pendapatan persaraan yang mampan.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini bagi menjawab soalan Senator Mohd Hasbi Muda yang ingin tahu sama ada pencarum mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menghadapi usia persaraan mereka.

Tambahnya lagi, kerajaan tidak berhasrat untuk memperkenalkan pengeluaran baharu kerana struktur akaun KWSP telah dirombak dengan mewujudkan Akaun 1, Akaun 2, dan Akaun 3. Akaun 3 ini fleksibel untuk…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post