Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini menduduki tempat kedua sebagai lapangan terbang tersibuk di Asia Tenggara. Data tersebut dikeluarkan oleh OAG Aviation, sebuah syarikat analisis perjalanan global yang berpangkalan di United Kingdom (UK).
Berdasarkan data OAG Aviation, KLIA mencatatkan 3.32 juta tempahan tempat duduk pada September ini. Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 7.5% berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.
Sementara itu, Lapangan Terbang Changi di Singapura mendahului senarai di rantau ini dengan 3.58 juta tempahan tempat duduk. Manakala, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta di Indonesia pula berada di tempat ketiga.
Profesor Dr. Narentheren Kaliappen, Pengarah Pusat Kajian Kes Pengurusan dan Kepimpinan Universiti Utara Malaysia (UUM), menyatakan bahawa pencapaian KLIA ini melambangkan pemulihan dan pertumbuhan menyeluruh Malaysia sejak pandemik. Beliau menekankan bahawa kejayaan ini bukan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: