Fulham seakan-akan menyindir pegawai Premier League apabila jaringan Josh King yang dibatalkan menentang Chelsea tempoh hari telah memenangi undian Anugerah Gol Terbaik Kelab bagi bulan Ogos.
Penyudah menakjubkan remaja itu mungkin tidak dikira, namun para penyokong memastikan ia kekal dalam ingatan dengan memberikannya 83 peratus undian yang luar biasa.
Baca Juga:
Insiden yang dimaksudkan berlaku pada minit ke-22 dalam pertembungan Fulham menentang seteru London barat mereka itu.
King menyambar hantaran leret bijak daripada Sander Berge dan kemudiannya meluru dengan memperdayakan Tosin Adarabioyo hingga terjatuh dalam satu gerakan helah yang cukup kemas, sebelum melepaskan rembatan kencang menewaskan penjaga gol, Robert Sanchez.
Kegembiraan Fulham meraikan jaringan itu berubah menjadi kemarahan apabila Video Assistant Referee (VAR) yang dikendalikan Michael Salisbury menasihatkan pengadil, Rob Jones untuk meneliti semula insiden pertembungan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: