Seorang suspek berusia 22 tahun, Tyler Robinson, telah ditahan polis selepas dipercayai menembak mati sekutu rapat Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, iaitu aktivis konservatif terkenal Charlie Kirk.
Suspek ditahan polis

Insiden tragis itu berlaku ketika Kirk sedang berucap dalam satu acara di Universiti Utah Valley. Robinson yang juga seorang pempengaruh dan aktivis belia sayap kanan, didakwa melepaskan tembakan yang meragut nyawa tokoh konservatif berprofil tinggi tersebut.
Menurut Gabenor Utah, Spencer Cox, bapa kepada Robinson sendiri mengesyaki anaknya terlibat selepas mengenali wajahnya menerusi foto yang disebarkan oleh FBI dan Jabatan Keselamatan Utah.
Robinson kemudian mengaku kepada bapanya sebelum seorang rakan keluarga memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa. Penahanan itu dibuat selepas hampir dua hari suspek melarikan diri daripada pihak polis.
Presiden Donald Trump dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, suspek akhirnya berjaya diberkas dan …
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: