Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

160 Lori Dikesan Guna Kad TNG ‘Hack’, Dimasukkan RM300 Secara Haram

today14 September 2025

Background
160 Lori Dikesan Guna Kad TNG 'Hack', Dimasukkan RM300 Secara Haram


Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad mendedahkan terdapat syarikat pengangkutan di daerah tersebut yang mempunyai 160 lori dikesan menggunakan kad Touch n Go (TNG) yang dipercayai digodam untuk membayar tol sejak lebih setahun lalu.

Menurutnya, kad TNG tersebut adalah asli. Kemudian seorang lelaki memasukkan nilai sehingga RM300 sebelum menjualnya kepada syarikat berkenaan pada kadar RM150 ke RM200 sekeping, petik Harian Metro.

Baca Juga:

Susulan aduan pihak TNG, seorang lelaki warga tempatan dan isterinya seorang wanita warga China ditahan di daerah ini, pada 9 September lalu.

160 Lori Dikesan Guna Kad TNG 'Hack', Dimasukkan RM300 Secara Haram
Sumber Gambar: Facebook Polis Negeri Sembilan

“Pada 18 Julai lalu pihak TnG mengenalpasti tiada keseimbangan hasil kutipan dan tuntutan daripada beberapa plaza tol sebelum menjalankan siasatan dan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) plaza tol terbabit.

“Beberapa lori milik sebuah syarikat dipercayai melakukan transaksi tidak sah. Bertindak atas maklumat,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Luar Negara

25 cedera, letupan gas di Madrid

Madrid: Sekurang-kurangnya 25 orang cedera, termasuk tiga parah susulan letupan gas di daerah Puente de Vallecas, Madrid pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik akhbar harian Sepanyol, El País. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today14 September 2025