Walau sekalipun pembayaran secara dalam talian sangat memudahkan urusan, ada kalanya segelintir individu boleh tersalah memasukkan angka sewaktu membuat transaksi secara tidak sengaja.
Memetik dari laporan Weirdkaya, sebuah kedai akuarium di Seri Kembangan, Selangor, baru-baru ini telah membuat hantaran di media sosial merayu seorang pelanggan yang terlebih bayar untuk ikan buntal redline supaya segera menghubungi mereka.

Dalam satu hantaran Facebook bertarikh 14 September, kedai akuarium tersebut menulis bahawa seorang pelanggan lelaki hanya membayar RM1.60 untuk ikan buntal redline yang sebenarnya berharga RM1,600.
Tambahnya lagi, dengan bersangka baik, pelanggan tersebut mungkin tersilap memasukkan jumlah yang salah semasa membuat pembayaran melalui e-dompet Touch ‘n Go (TnG) miliknya.

Bercakap kepada Sin Chew Daily mengenai kejadian itu, pemilik kedai akuarium tersebut berkata pembesar…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: