Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Liyana Jasmay Terima Teguran Netizen Isu Pakaian Seksi

today19 September 2025

Background
Liyana Jasmay Terima Teguran Netizen Isu Pakaian Seksi – ‘Apa Yang Mereka Kata Benar, Tidak Patut Pakai Begitu’


Pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay, menerima teguran netizen dengan hati terbuka berhubung beberapa perkongsiannya di Instagram yang memaparkan dirinya berpakaian seksi.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Pernah Dipukul & Kena Tarik Rambut Dengan Senior Sekolah’ – Liyana Jasmay 

Isu pakaian seksi

Menurut Liyana, 37, segala nasihat yang baik akan dijadikan panduan untuk memperbaiki diri pada masa akan datang.

Netizen berhak untuk meninggalkan komen dan saya akui apa yang mereka katakan itu benar, tidak sepatutnya berpakaian seksi.

Saya tidak pernah membalas komen dengan menyuruh mereka berhenti kacau hidup saya atau sebagainya.

Semua nasihat dan kecaman yang diberikan saya terima kerana saya sedar diri ini pun bukannya baik sangat.

Liyana berkata demikian ketika ditemui pada acara Viu Royal Night yang berlangsung di W Factory, Shah Alam, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Liyana mengakui dirinya sememangnya seorang yang gemar berpakaian seksi, namun sebelum ini jarang berkongsi kepada pengikutnya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahrin


Previous post