Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Senarai Perkhidmatan Maybank Akan Tergendala Pada 20 September

today19 September 2025

Background
Senarai Perkhidmatan Maybank Akan Tergendala Pada 20 September


Maybank mengumumkan bahawa pihaknya akan menjalankan penyelenggaraan sistem berkala pada 20 September ini.

Penyelenggaraan itu akan bermula pada 12 tengah malam hingga 8 pagi.

Baca Juga:

Antara perkhidmatan yang akan tergendala adalah seperti berikut:

12 tengah malam hingga 8 pagi

– Semua perkhidmatan di ATM
– Pertukaran mata wang di aplikasi MAE

3 pagi hingga 8 pagi

Perkhidmatan laman web Maybank2u, aplikasi MAE, serta Maybank2u Biz (laman web dan aplikasi):

– DuitNow
– DuitNow Transfer
– DuitNow Request/Send Money
– DuitNow QR
– JomPay
– InterBank GIRO

Sementara perkhidmatan di laman web Maybank2u:

– FPX
– Mandat Debit

“Bagi memastikan pengalaman perbankan yang lancar, kami menggalakkan pengguna merancang urusan transaksi lebih awal,” kata Maybank menerusi notifikasi MAE.




Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post