Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Selangor sasar industri kreatif sumbang RM20 bilion menjelang 2035

today22 September 2025

Background


PETALING JAYA – Kerajaan Selangor komited untuk memperkasakan industri kreatif di negeri itu menerusi penganjuran Ekspo Ekonomi Kreatif Selangor 2025 (SCEE25) di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam.

Eskpo yang berlangsung selama dua hari bermula esok merangkumi tiga sektor utama iaitu seni budaya, multimedia, dan seni warisan budaya.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd. Najwan Halimi berkata, penganjuran itu sebagai langkah awal kerajaan negeri dalam mengembangkan industri kreatif supaya ia dapat menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada masa akan datang.

Ini kerana katanya, ketika ini secara keseluruhan industri kreatif menyumbang lebih RM14 bilion, manakala negeri di Selangor ia telah menjana pendapatan hampir RM2 bilion.

“Kita mahu industri kreatif ini menjadi antara pemyumbang utama kepada KNDK negara pada masa akan datang. Di Selangor pula kita menyasarkan industri ini mampu menyumbang sehingga RM20 bilion untuk tempoh 10 tahun akan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post