Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Aktiviti Komuniti di Kool FM

Karnival Minggu Sains Negara (MSN) Zon Selatan 2025

today25 September 2025

Background

Karnival Minggu Sains Negara 2025 kini telah tiba.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan mengadakan Karnival Minggu Sains Negara 2025 di negeri Sarawak, Terengganu, Sabah, Johor, Kedah dan Kuala Lumpur. Program ini merupakan antara inisiatif Kerajaan dalam memperkasakan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta menggalakkan lebih ramai pelajar dan belia meminati bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Terdapat pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang karnival antaranya Bas Pameran Bergerak Pusat Sains Negara, Persembahan Sains, Perkongsian Sains, Cerapan Astronomi, Mini Planetarium, dan Pameran STEM. Anda juga berpeluang memenangi hadiah menarik!

Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi, Mengarusperdanakan Inovasi.

Layari Facebook MOSTI dan Minggu Sains Negara untuk maklumat lanjut.

Written by: Syafiqah Azelan


Previous post