Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Netizen Minta Polis Penjarakan Pemandu Perodua Bezza Langgar Lampu Merah Yang Hampir Meragut Nyawa Orang Lain

today24 September 2025

Background
bezza


Sebuah kereta perodua Bezza berwarna perak, telah dipandu dalam keadaan sangat bahaya dan melulu.

Dalam kejadian yang berlaku di Dataran Merdeka, kereta tersebut telah melanggar lampu merah dan hampir melanggar pejalan kaki yang melintasi jalan.

Pejalan kaki tersebut melintas jalan di kawasan yangg dikhaskan dan mengikuti peraturan lalu lintas. Malangnya, seorang pemandu  yang memecut dari belakang telah hampir menyebabkan  kecelakaan.

Netizen segera meminta pemandu  tersebut ditangkap dan dipenjara. Ini kerana tindakannya sangat bahaya dan diibaratkan seperti ‘cubaan membunuh’.

Portal My News Hub menuulis: “Tolong penjarakan pemandu jenis ini. Bukan sahaja melanggar lampu isyarat merah, malah dah macam cubaan untuk membunuh.

“Semoga akak tersebut baik baik sahaja.”

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post