Di sebalik kehangatan dapur dan cita-cita yang membara, ‘Me.N.U’ menghidangkan sebuah kisah cinta penuh inspirasi berlatarkan dunia kulinari.
Dibintangi oleh Nabila Razali dan Andi Bernadee sebagai teraju utama, drama ini menyelami perjalanan seorang wanita yang berani mempertahankan impian untuk menjadi chef, meskipun berdepan tentangan keluarga dan pelbagai cabaran hidup yang tidak terduga.

Drama 10 episod arahan Faliq Sharif ini turut menampilkan barisan pelakon berkarisma seperti Natasya Mahyan, Puteri Awani, Ako Mustapha, Noniswara dan Azizah Mahzan. Kisah bermula apabila kerjaya Lisa (Nabila Razali) sebagai chef tergugat selepas dia cuba membela rakan sekerjanya yang dibuli.
Namun, tekad Lisa tidak pernah goyah. Dia berusaha untuk membuka restorannya sendiri, tetapi hasrat itu terhalang apabila permohonan pinjamannya ditolak oleh Haris (Andi Bernadee), seorang pegawai bank. Pertemuan tegang itu akhirnya menjadikan mereka…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: