Isteri kepada pempengaruh, Haqiem Stopa iaitu Aireena Sofea meluahkan rasa terkilan apabila anaknya yang masih kecil menjadi sasaran ‘cyberbully’ netizen.
Artikel Berkaitan: Haqiem Stopa Selamat Bernikah, Cinta Berputik Melalui ‘Paid Review’ – ‘Alhamdulillah, Semua Urusan Mudah’
Anak tak berdosa jadi sasaran?
Menerusi perkongsian di TikTok Story, Aireena berpendapat dunia hari ini terlalu kejam buat anaknya yang tidak berdosa.
Ujar Aireena, dia tidak kisah jika orang di luar sana mahu memberikan kecaman kepada dirinya namun bukan kepada anaknya yang masih kecil.
Adik, dunia ini terlalu kejam untuk adik. Adik tak salah dalam hal ini walau ada nama Hud sekalipun.
Boleh cakap bukan-bukan, tapi bukan pada anak saya. Jangan salahkan anak saya, anak saya tak berdosa.
Antara berkat atau tidak, itu antara pihak sana dengan Tuhan.
Hantaran itu dibuat Airenaa dipercayai susulan kontroversi melibatkan perniagaan kedai manisan yang diusahakan suaminya, baru-baru ini.
Takkan maafkan
Klik untuk baca artikel penuh.Sumber: