Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Vlogger India Terbang 5,000 Kilometer, Untuk Buat Kejutan Melamar Wanita Di Indonesia Berakhir Dengan Jawapan ‘No’

today29 September 2025

Background
vlogger


Seorang vlogger dari India sanggup terbang kira kira 5,000 kilometer dari negaranya untuk bertemu dengan wanita yang menjadi kenalannya di media sosial.

Vlogger itu seringkali berinteraksi dengan wanita Indonesia tersebut di dalam platform media sosial dan percaya ada sesuatu istimewa antara mereka.

Akhirnya dia memutuskan untuk datang melawat wanita itu, dan sudah tentunya wanita tersebut mengalu alukannya. Namun dia ternyata ada rancangan lain, di mana dia mahu melamar wanita itu.

Ketika bersemuka dengan wanita tersebut, dia mengeluarkan cincin lamarannya dab bertanya: “Bolehkah kamu mengahwini saya?”

Awalnya wanita itu terpinga pinga dan kurang jelas. Selepas wanita itu mengerti apa yang dikatakan vlogger itu, tanpa berfikir panjang wanita itu terus berkata: “No”.

Vlogger itu kemudian menerima penolakan itu dan menyatakan bahawa wanita itu menolaknya kerana hanya berkahhwin sesama lelaki sama suku sahaja.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post