Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

MyGameOn & SAYS Tech Berjaya Anjurkan Sesi Lepak ‘Rileks Je, Takyah Toksik’

today1 October 2025

Background
MyGameOn & SAYS Tech Berjaya Anjurkan Sesi Lepak 'Rileks Je, Takyah Toksik'


MyGameOn dan SAYS Tech dengan sukacitanya mengumumkan kejayaan penganjuran Sesi Lepak ‘Rileks Je, Takyah Toksik’ pada hujung minggu lalu, 27 September, di ATO Gaming Café, TTDI.

Acara yang berkonsepkan komuniti ini adalah sebahagian daripada inisiatif bersama untuk membanteras siber buli dan menggalakkan persekitaran digital yang lebih sihat serta positif dalam kalangan komuniti gamer Malaysia.

MyGameOn & SAYS Tech Berjaya Anjurkan Sesi Lepak 'Rileks Je, Takyah Toksik'

Sesi santai ini telah menarik ramai peminat gaming, pencipta kandungan, dan juga orang awam, membuktikan bahawa persaingan dan keseronokan dalam gaming boleh dijalankan tanpa sebarang unsur toksik.

Antara aktiviti menarik yang berlangsung termasuklah:-

1. Sesi perkongsian santai bersama orang dalam industri e-sukan Malaysia.

2. Perlawanan santai Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Fun Match.

3. Cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah lumayan.

4. Ruang lepak yang dipenuhi dengan pelbagai jenis permainan, daripada arcade, konsol, sehingga ke board game.

MyGameOn & SAYS Tech Berjaya Anjurkan Sesi Lepak 'Rileks Je, Takyah Toksik'

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post

Hiburan Semasa

Angeline Tan bersyukur tak tinggal solat

Kuala Lumpur: Pelakon berkaliber, Ardini Angeline Tan, 57, sangat bersyukur kerana Allah memelihara dirinya untuk tidak meninggalkan solat lima waktu sebagai mualaf sejak dua tahun lalu. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today1 October 2025