Orang ramai dijemput hadir ke Program Desa Bebas Rasuah anjuran SPRM Kuala Lumpur pada Ahad, 5 Oktober 2025, bertempat di Kampung Malaysia Raya, Kuala Lumpur bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda, antaranya Forum Antirasuah, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, serta Pameran dan Reruai Agensi termasuk SPRM, PDRM, AADK, BOMBA dan FAMA. Turut diadakan Jualan Rahmah & Jualan FAMA untuk para pengunjung.
Mari bersama kita membina komuniti bebas rasuah, berintegriti dan bermaruah.
Jangan lepaskan peluang ini! Jumpa anda di sana!” 🎉
