Penyanyi Ismail Izzani memberitahu dia kini sedang memberi tumpuan penuh terhadap pembikinan album pertamanya yang disifatkan sebagai projek paling peribadi dalam karier muziknya.
Artikel Berkaitan: ‘Raya Tahun Ini Lengkap & Pastinya Lebih Meriah’ – Ismail Izzani Syukur Keluarga Kecap Bahagia
Sisi berbeza

Ismail, 25, berkata, album tersebut bakal menjadi bukti kemampuan vokalnya sebagai seorang penyanyi, bukan sekadar artis yang dikenali dengan lagu rancak semata-mata.
Album ini sangat penting buat saya kerana akan menjadi bukti yang saya benar-benar boleh menyanyi. Selama ini, ramai mungkin nampak saya lebih pada lagu-lagu rancak, jadi kali ini saya mahu buktikan sisi berbeza.
Dalam album ini, saya akan bawakan lagu berentak galau dan juga balada yang lebih emosional. Akan ada banyak elemen akustik yang menunjukkan kekuatan vokal saya.
Ismail berkata demikian ketika ditemui pada majlis Viu Royal Night yang diadakan di Shah Alam, baru-baru ini.
Bercerita lanjut, pelantun lagu Demi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: