Akibat dah meluat dengan terlalu banyak agenda woke dan pelangi, Elon Musk telah menggesa 227 juta pengikutnya di media sosial supaya membatalkan langganan Netflix.
Elon Musk menuduh platform penstriman itu mempromosikan apa yang beliau sifatkan sebagai propaganda transjantina.
Dalam kempen terbaharu “perang budaya” beliau, jutawan Tesla itu menyertai trend yang dilancarkan akaun konservatif Libs of TikTok, yang merujuk kepada siri animasi Dead End: Paranormal Park – telah dijadikan alasan kenapa platform itu menurut Musk wajib diboikot.
“Batalkan Netflix,” tulis Musk dalam satu hantaran di X, platform yang dimilikinya, dengan memetik hantaran daripada Libs of TikTok.
Hantaran itu berkongsi tangkap layar laporan syarikat Netflix yang menyatakan peningkatan jumlah pengarah bukan berkulit putih dan pelakon utama dalam programnya.
Dalam satu lagi hantaran mengenai isu tersebut, Musk menggesa pengikutnya untuk “Batalkan Netflix demi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: