Janji yang pernah dilafazkan di pentas Bogor Mei lalu akhirnya bakal menjadi kenyataan. Lima pemuzik tersohor dari Indonesia – Tulus, Kunto Aji, Dere, Sal Priadi dan Idgitaf – sah bakal meneruskan perjalanan muzik mereka ke Malaysia menerusi Tur SAMA SAMA, yang akan berlangsung di Idea Live Arena, Kuala Lumpur pada 5 Disember 2025.
Tur ini menandakan hentian kelima selepas persembahan mereka di empat kota besar Indonesia – Bandung, Surabaya, Yogyakarta dan Bogor – yang semuanya mendapat sambutan luar biasa daripada peminat.
Janji yang Ditepati
Saat menutup siri konsert di Bogor, Tulus pernah berjanji kepada peminat bahawa perjalanan muzik mereka tidak akan terhenti di situ.
“Khabar baiknya, kami akan melanjutkan perjalanan. Kita bakal pergi ke Malaysia,” katanya ketika itu — satu kenyataan yang kini benar-benar direalisasikan.

Tur SAMA SAMA membawa konsep kolaborasi lintas suara dan genre — di mana kelima-lima artis bukan sahaja…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: