Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mikail Andre Dedah Asal Usul Nama ‘Andre’

today9 October 2025

Background
[VIDEO] Adik Pierre Dedah Asal Usul Nama ‘Andre’, Ibu Kahwini Lelaki Perancis– ‘Anak Lelaki Saja Boleh Sambung’


Adik kepada pelakon Pierre Andre iaitu Mikail Andre mendedahkan asal usul ‘Andre’ yang menjadi nama keluarga.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Memang Ketinggalan Tapi Saya Tak Tersaingi Dengan Syamsul & Syafiq Yusof’ – Pierre Andre

Artikel Berkaitan: Pierre Andre Akui Mencabar Mengarah Filem ‘Jangan Pandang Belakang 2’, Nak Angkat Semula Genre Seram Filem Tempatan

Asal usul nama ‘Andre’

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Mikail Andre memaklumkan ibunya, Khatijah Tan mengahwini seorang lelaki berbangsa Perancis.

Ujarnya lanjut, kewujudan nama ‘Andre’ yang diwarisi bagi setiap ahli keluarga berjantina lelaki adalah hasil daripada perkahwinan tersebut.

Mak saya, Khatijah Tan, berkahwin dengan seorang lelaki. Dahulu nama dia, Philip Andre.

Lepas masuk Islam, dia tukar nama kepada Nazrul Andre.

Andre ini nama keturunan.

Maksudnya kalau ada anak, kena sambung nama Andre.

Cuma kalau sambung, anak lelaki saja boleh. Kalau perempuan, dia terputus.

Dia keturunan Perancis.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Syazwani Reme


Previous post