Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Syarat Utama Untuk Miliki Tanah Di Selangor? Kena Fasih Bahasa Melayu

today12 October 2025

Background
Syarat Utama Untuk Miliki Tanah Di Selangor? Kena Fasih Bahasa Melayu


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyatakan  Kerajaan Selangor menetapkan keutamaan berbahasa dan melazimi bahasa Melayu sebagai syarat utama dalam pemilikan tanah, hak milik dan premis di negeri tersebut.

Memetik Berita Harian, syarat itu dilihat penting kerana mahu memastikan seseorang itu layak ditakrifkan sebagai orang Melayu dan wajar memiliki kuota tanah di Selangor.

Baca Juga:

“Perkara ini sudah tertera dalam Perlembagaan, tertulis dalam peraturan-peraturan penting pemilikan tanah, hak kewarganegaraan sampailah kepada papan tanda.

“Ia merujuk betapa pentingnya bahasa Melayu yang akan membentuk perpaduan dan semangat patriotisme dalam kalangan semua orang,” jelas beliau.

Selain itu seseorang individu perlu mengamalkan adat istiadat orang Melayu dan beragama Islam.




Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Sukan

Sasar tiga mata di SNBJ

Kuala Lumpur: Kerjasama berpasukan disifatkan sebagai kunci kejayaan skuad Harimau Malaya dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2027 ketika ini.

today12 October 2025