Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Malaysia hab kewangan Islam global dipercayai

today13 October 2025

Background


KUALA LUMPUR – Malaysia secara konsisten diiktiraf sebagai hab kewangan Islam global yang dipercayai, menjadi tempat untuk pelabur menemui kestabilan, kejelasan dan peluang berpandukan prinsip etika.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kekuatan Malaysia dalam menggabungkan inovasi dengan nilai moral telah menjadikan negara ini sebagai destinasi pelaburan yang diyakini dunia.

“Berdasarkan pengalaman saya berinteraksi dengan pelabur dari Timur Tengah, ASEAN, Turkiye, Eropah dan rantau lain, adalah jelas bahawa dunia kini mencari sistem kewangan yang bukan sekadar menjana keuntungan, tetapi juga membawa tujuan yang bermakna.

“Kita membangunkan sektor takaful yang berdaya saing. Kita turut menerima pakai teknologi kewangan dan platform digital bagi zakat serta wakaf, menghubungkan tradisi dengan teknologi moden.

“Atas sebab inilah Malaysia secara konsisten diiktiraf sebagai hab global yang dipercayai, tempat pelabur menemui kestabilan, kejelasan dan peluang,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post