Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Budi95: Petron Malaysia lancar kempen Pasti OK

today14 October 2025

Background


SHAH ALAM – Selaras pelaksanaan Budi95, Petron Malaysia melancarkan kempen Pasti OK bagi memudahkan pelanggan memanfaatkan program subsidi bersasar itu.

Pengurus Besarnya, Mohd. Nizam Mansor berkata, syarikat itu akan memperluaskan kempen berkenaan di semua 820 stesen minyaknya di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Menurut beliau, pihaknya komited membantu pelanggan menyesuaikan diri dengan perubahan landskap bahan api di bawah kerangka subsidi baharu.

“Menerusi kempen Pasti OK, kami memastikan di semua stesen Petron menyediakan pelbagai maklumat sama ada risalah, poster dan kaunter khas Budi95.

“Selain itu, kami menggunakan kaedah ‘Semak, Bayar, Isi’ yang lebih mudah difahami pelanggan sekali gus memastikan peralihan sistem subsidi berkenaan berjalan lancar,” katanya selepas melancarkan kempen itu di Petron Seksyen 24, di sini, hari ini.

Pada majlis pelancaran, Petron turut memperkenalkan video muzik khas ‘Semak, Bayar, Isi – Pasti OK OK’ nyanyian…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Iskandar Shah Mohamed


Previous post