Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Laluan Kaki Lima Hak Bersama Kegunaan Awam, Bukan Ruang Bisnes Peribadi’ – DBKL

today16 October 2025

Background
'Laluan Kaki Lima Hak Bersama Kegunaan Awam, Bukan Ruang Bisnes Peribadi' – DBKL


Dalam satu hantaran Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini, Sebanyak lapan kes sitaan direkodkan menerusi Operasi KEJA (Kerusi Meja) ini melibatkan barangan seperti meja, kerusi plastik dan rak besi.

Operasi berkenaan memberi tumpuan terhadap peniaga yang meletakkan meja, kerusi serta peralatan niaga lain di laluan awam tanpa kebenaran.

Baca Juga:

DBKL menegaskan bahawa laluan kaki lima adalah hak bersama untuk kegunaan awam, bukannya ruang perniagaan peribadi.

“Tindakan menceroboh ruang ini bukan sahaja melanggar undang-undang, tetapi turut menjejaskan keselesaan, keselamatan dan kebersihan bandar,” kata DBKL.

Pada masa sama menyeru semua peniaga agar menghormati peraturan, berniaga secara berhemah dan tidak menggunakan laluan awam sesuka hati, demi mewujudkan Kuala Lumpur yang teratur, selamat dan mesra kepada semua.




Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post