Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Pelayaran sulung Piano Land pacu pelancongan maritim mesra Muslim Malaysia

today17 October 2025

Background


PETALING JAYA – Agensi pelancongan dan pelayaran terkemuka, Hwajing Travel & Tours Sdn. Bhd. mengumumkan kapal persiaran pertama dari China yang akan berpengkalan di Malaysia, M/V Piano Land bakal memulakan pelayaran sulung pada 29 November 2025.

Pengumuman itu bertepatan dengan Pameran MATTA Muslim-Friendly Travel Fair (MFTF) pada 18-19 Oktober 2025, di mana Hwajing tampil sebagai Rakan Rasmi Kapal Persiaran.

Dioperasikan oleh Astro Ocean Cruise, M/V Piano Land dengan jumlah berat kasar 70,000 tan dan kapasiti 1,760 penumpang menawarkan pelbagai kemudahan menarik termasuk 880 kabin serba lengkap, pelbagai pilihan makanan halal, serta persembahan teater gaya Broadway dan hiburan budaya menarik.

Turut disediakan arked membeli-belah, pusat kesihatan, kemudahan rekreasi, kelab kanak-kanak khas dan program mesra keluarga serta pusat kecergasan, spa dan pelbagai kolam renang.

Pengarah Urusan Hwajing, Kenny Cheong berkata, Malaysia kini melangkah lebih jauh dalam pelancongan mesra…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post