Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pelancong Wanita Bergayut Pada Papan Tanda Sehingga Bengkok, Warga Tempatan Berang

today29 October 2025

Background


Sudah datang ke negara orang, belajarlah beradab dan menjaga harta benda awam walaupun ia hanya papan tanda’, begitula reaksi netizen tempatan apabila melihat satu video yang tular di media sosial.

Menerusi video yang tular, seorang pelancong wanita dirakam telah bergayut pada papan tanda Jalan Pinang yang dipercayai untuk melakukan cabaran untuk bertahan seberapa lama yang boleh.

Boleh klik di sini untuk tonton video terbabit.

Pelancong Wanita Bergayut Pada Papan Tanda Sehingga Bengkok, Warga Tempatan Berang
Sumber Gambar: FB

Walaupun tempohnya sekitar 7 saat sahaja, kelihatan tiang papan tanda itu sudah pun senget dan berlaku kerosakan disebabkan berat badan yang perlu ditampung berlebihan.

Jadi, jelaslah ia satu vandalisme yang disengajakan oleh individu terbabit dan ramai warga tempatan yang bengang.

Dalam apda itu, ada yang berharap pelancong berperangai sedemikian tidak datang ke negara Malaysia kerana menyusahkan orang lain serta merosakkan harta benda awam yang pasti menelan kos tambahan untuk penggantian.

 


Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post