PETALING JAYA – Gara-gara mahu mencari dana untuk membantu nasib kucing jalanan yang terbiar, telah mendorong Pengasas Pawfect Retreat Signature, Siti Fatimah Mohamad Hidayatullah menceburi bidang perniagaan mengeluarkan produk haruman di bawah jenama SoraE.
Menurut beliau, berlandaskan keyakinan produk haruman berpotensi menembusi pasaran meskipun baru diperkenalkan di pasaran, syarikat memulakan pengoperasian bisnesnya dengan bemodalkan RM8,000 dari rumah sejak tahun 2022.
“Konsep perniagaan kami lebih kepada penceritaan kisah kami menyelamatkan kucing jalanan dan ia juga diinspirasikan daripada bau kucing yang cukup unik dan sangat sinonim dengan peminat kucing yang tahu selok belok binatang kesayangan ramai itu.
“Sebagai contoh seekor kucing yang dikenali sebagai Mulan yang begitu penyayang, memiliki bau yang manis lebih kepada haruman bubbly dan bubblegum,” katanya ketika ditemui di pejabatnya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: