Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Malaysia percepat industri masa depan menerusi Selangor Techsphere 2025

today4 November 2025

Background


SEKTOR perindustrian Malaysia sedang memasuki fasa penting apabila automasi, kecerdasan buatan dan amalan lestari menjadi pemacu utama kepada daya saing.

Selangor, negeri paling maju dalam sektor pembuatan negara, akan menerajui usaha ini melalui Sidang Kemuncak Selangor Techsphere 2025 yang akan berlangsung pada 11 dan 12 November ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Acara ini menghimpunkan pemimpin industri antarabangsa dan tempatan, pakar teknologi, pelabur serta pembuat dasar bagi membincangkan strategi praktikal untuk memperkukuh ekosistem pembuatan negara.

Daripada pendigitalan kilang kepada pembangunan tenaga kerja dan penyelesaian industri hijau, ia bertujuan membantu perniagaan Malaysia meningkatkan kemampuan dan bersaing di peringkat serantau.

Antara tumpuan utama program ini ialah ucaptama oleh Prof. Henrik von Scheel, tokoh antarabangsa yang diiktiraf sebagai pencetus Revolusi Industri 4.0.

Arkitek utama kepada revolusi pendigitalan di Eropah, Prof. Henrik…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Hiburan Semasa

Noki banyak belajar melalui kehidupan di jalanan

Kuala Lumpur: Pernah memberontak sewaktu zaman sekolah, penyanyi dan pelakon Noki, 31, kesal hanya merasai nikmat bergelar pelajar sehingga tingkatan dua dan terlepas banyak momen indah persekolahan. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today4 November 2025