PETALING JAYA – Pelaksanaan penggunaan invois elektronik (e-Invois) secara mandatori di Malaysia membuka mata banyak syarikat terhadap kelemahan sistem perakaunan, pengurusan hubungan pelanggan (CRM), inventori, dan perancangan keperluan bahan (MRP) yang beroperasi secara berasingan.
Kekangan ini bukan sahaja menjejaskan pematuhan undang-undang, malah menambah kos dan melambatkan operasi.
Ketika perancangan sumber perusahaan (ERP) muncul sebagai penyelesaian, ramai yang masih skeptikal. Bagi sebahagian syarikat, ERP dikaitkan dengan kos tinggi, tempoh pelaksanaan lama dan vendor tradisional yang tidak fleksibel.
Malah, tanggapan bahawa kecerdasan buatan (AI) adalah tidak relevan dalam ERP semakin menebal.
Peneraju serantau dalam penyelesaian perisian perusahaan, Multiable tampil menawarkan alternatif. Dengan sistem ERP berasaskan AI yang dilengkapi pembina ejen digital (AI agent builder), syarikat kini boleh mempercepatkan automasi dan mengurangkan kebergantungan pada kerja…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: