Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

ECRL fasa 1 Kelantan-Gombak siap

today5 November 2025

Background


GOMBAK – China Communications Construction (ECRL) Sdn. Bhd. (CCC-ECRL) selaku kontraktor kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mengumumkan pe­nyempurnaan Segmen C1B, menandakan kejayaan pelaksa­naan fasa awal kerja-kerja sivil sepanjang jajaran dari Kelantan ke Gombak.

Segmen C1B meliputi jajaran teknikal penting yang menghu­bungkan laluan keluar Terowong Genting ke Stesen ECRL Terminal Bersepadu Gombak (TBG).

Ia merangkumi Terowong Gom­bak, dua jambatan utama serta kerja-kerja subgred yang memainkan peranan penting dalam menghubungkan jajaran Pantai Timur dan Pantai Barat bagi keseluruhan laluan ECRL.

Penyempurnaan penanda aras kerja sivil itu meletakkan asas yang kukuh bagi fasa pembinaan seterusnya, termasuk kerja pemasangan landasan dan sistem di Selangor, serta ujian dan pentauliahan untuk keseluruhan jajaran.

Ia menandakan langkah pen­ting bagi projek ECRL ke arah mencapai kesalinghubungan penuh dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Ekonomi

NKMH Media sasar 15 peratus pertumbuhan pengiklanan

NKMH Media Sdn. Bhd. (NKMH Media) menyasarkan pertambahan bilangan pengiklan baharu antara 10 hingga 15 peratus ekoran kerjasama strategik yang dilaksa­nakan syarikat dengan Adello Malaysia Sdn Bhd. dan juga Adello Group AG.Pemeteraian memorandum persefahaman itu adalah untuk mengukuhkan kedudukannya dalam bidang pengiklanan digital Malaysia.

today5 November 2025