Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

OPR kekal pada 2.75 peratus

today6 November 2025

Background


PETALING JAYA – Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) dalam mesyuarat hari ini memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

Menurut Pernyataan Dasar Monetari yang dikeluarkan di sini, pada tahap OPR semasa, MPC berpendapat bahawa pendirian dasar monetari adalah wajar dan memberikan sokongan terhadap ekonomi dalam keadaan harga yang stabil.

“MPC akan terus memantau perkembangan semasa dan menilai imbangan risiko berhubung dengan prospek pertumbuhan dan inflasi dalam negeri,” katanya.

Mesyuarat sama turut meluluskan jadual mesyuarat MPC tahun depan, yang akan diadakan sebanyak enam kali selaras dengan Akta Bank Negara Malaysia 2009.

Mesyuarat MPC pertama tahun 2026 bakal diadakan pada 22 Januari depan. – KOSMO! ONLINE



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Famili

Wanita Kongsi Versi ‘Rajin’ Garam Kunyit Guna Bahan Segar Buat Aroma & Rasa Lebih Kuat, 2 Bulan Pun Masih Elok!

Kalau sebut tentang garam kunyit, ramai yang terus terbayang aroma harum ayam goreng kunyit, ikan kembung garing atau daging berlada. Tapi kali ini, perkongsian daripada Suhaili Mohd Zain menarik perhatian ramai kerana versinya bukan biasa-biasa sebab sekali buat boleh tahan sampai dua bulan! “Nak goreng ayam, ikan atau daging kunyit, sap sap suiii terus siap. Kerja sekali, guna berkali-kali. Jimat masa di dapur, senyum pun lebih lebar,” katanya dalam hantaran di Facebook. Baca juga: Resipi Viral Egg Tart Mixue, Cuma […]

today6 November 2025