Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook menyeru para pemandu untuk menyelesaikan saman tertunggak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum 1 Januari 2026 bagi mengelak dikenakan tindakan yang lebih tegas.
Menurut beliau lebih 5.5 juta saman JPJ belum dibayar di seluruh negara setakat ini, petik Free Malaysia Today.
Bagi semua saman tertunggak selepas 1 Januari akan dirujuk ke mahkamah atau disenaraihitamkan.
Tindakan itu akan menyebabkan pemilik kenderaan dihalang daripada memperbaharui lesen kenderaan motor mereka.
“Jenis senarai hitam bergantung pada kesalahan. Jika kenderaan itu dikesan memandu laju, lesen kenderaan motor akan disenaraihitamkan, bermakna pemilik tidak akan dapat memperbaharui cukai jalan.
“Jika melibatkan kesalahan berkaitan pemandu, lesen memandu juga akan disenaraihitamkan,” katanya pada sidang media…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: