KUALA LUMPUR – Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan mampan sepanjang tiga tahun kehadirannya di pasaran tempatan, dengan peningkatan jumlah jualan tahun ke tahun sebanyak 83 peratus setakat November 2025.
Pengarah Urusannya, Cui Anqi berkata, pertumbuhan luar biasa itu mencerminkan kepercayaan pengguna yang semakin meningkat, kekuatan pengedar dan pengiktirafan jenama GWM sejak penubuhannya di sini pada 2022.
“Malaysia ialah pasaran paling dinamik di rantau Asia Tenggara. Dalam masa singkat, kami telah membina asas kukuh berteraskan inovasi dan kepercayaan.
“Kini, fokus kami ialah memperkukuhkan usaha pengeluaran tempatan, memperluas rangkaian produk dan mempertingkatkan pengalaman pemilikan pelanggan,” katanya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ketiga GWM dan Pelancaran GWM Ora Good Cat Ultra dan GT versi baharu 2025 di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi GWM Malaysia, Roslan Abdullah berkata, dalam tempoh tiga tahun GWM telah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: