GEORGE TOWN – Persinggahan sulung kapal persiaran mewah, Discovery Princess ke Terminal Kapal Persiaran Swettenham (SPCT) baru-baru ini membawa suntikan ekonomi segera dianggarkan bernilai RM1.6 juta kepada Pulau Pinang.
Kapal dikendalikan Princess Cruises itu membawa 3,837 penumpang dan anak kapal, sekali gus memperkukuh kedudukan negeri ini sebagai destinasi pelayaran antarabangsa.
Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Yeoh Soon Hin, ketibaan kapal tersebut membuktikan keyakinan berterusan syarikat pelayaran antarabangsa terhadap daya tarikan Pulau Pinang yang kaya dengan budaya, sejarah dan warisan dunia.
“Menggunakan anggaran konservatif sebanyak AS$100 (RM418) perbelanjaan langsung setiap pelawat, persinggahan ini sahaja menghasilkan kira-kira AS$383,700 atau sekitar RM1.6 juta yang terus mengalir kepada ekonomi tempatan.
“Ia memberi manfaat kepada pelbagai sektor termasuk pengangkutan, perhotelan, makanan dan minuman, runcit serta…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: