Konsert Pentas RadjaWali yang dijadual berlangsung pada 10 Januari 2026 di Idea Live Arena, Petaling Jaya menerima sambutan hangat apabila hampir keseluruhan tiket sudah habis dijual.
Artikel Berkaitan: Dua Legenda Satu Pentas! Radja & Wali Gegar Kuala Lumpur Awal Tahun Depan
Sambutan hangat

Ketika ditemui OhBulan!, Pengarah Projek yang juga Pengarah Konsert, Muhamad Firdouz Abd Razak atau lebih dikenali sebagai Fidote berkata tiket berharga RM177 sudah habis dijual dalam tempoh seminggu penjualan tiket dibuka.
Secara asasnya, jualan tiket sudah mencapai 60 peratus. Ini satu petanda baik dan kami amat berterima kasih atas sokongan semua pihak.
Fidote berkata demikian ketika ditemui pada sidang media dan majlis meraikan rakan strategik konsert tersebut di Redbox The Garden, Mid Valley City, baru-baru ini.
Kata Fidote, penjualan tiket yang laris itu juga disebabkan oleh peminat kedua-dua band itu yang tidak sabar mahu melihat Radja dan Wali Band bergabung di satu pentas buat julung kali…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: