
Hantaran yang dimuat naik oleh bekas isteri pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril telah menyorot perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: Faisal Halim, Isteri Sah Bercerai Talak Dua Selepas Enam Tahun Berkahwin
Artikel Berkaitan: ‘Perkahwinan Bukan Satu Perjudian, Patut Layan Aku Macam Sampah’ – Isteri Faisal Halim
Curang?
Menerusi perkongsian di Instagram, Nur Syazwani meluahkan rasa syukur selepas urusan perceraiannya selesai pada Jumaat selain menghargai bantuan daripada peguam yang mewakilinya.
Dalam masa yang sama Nur Syazwani juga memohon doa agar dapat menjalani kehidupan yang baik bersama anak lelakinya, Khalish Aryan.
Alhamdulillah selesai semuanya.
Semoga seterusnya berpihak kepada saya, doakan yang baik-baik untuk saya dan anak menjalani kehidupan di hari yang mendatang.
Bagaimanapun, tanda pagar yang ditinggalkan Nur Syazwani di hantaran tersebut seolah-olah memberi bayangan bahawa terdapat gangguan orang ketiga dalam rumah tangganya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:![]()