
Siapa sangka, kulit telur yang selalunya dibuang sebenarnya mempunyai pelbagai manfaat yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.
Fungsi kulit telur untuk rumah


Kaya dengan kalsium dan mineral semula jadi, kulit telur boleh dimanfaatkan untuk tanaman, kebersihan rumah, kecantikan dan juga kesihatan.
Untuk kegunaan di rumah, kulit telur boleh membantu meneutralkan bau peti sejuk apabila diletakkan dalam bekas terbuka.
Selain itu, kulit telur hancur juga boleh ditaburkan di laluan semut kerana teksturnya yang menghalang pergerakan mereka.
Jika kulit telur diletakkan di dalam sinki, ia boleh menyerap bau-bau tidak menyenangkan dari longkang. Apabila dihancurkan, ia boleh dijadikan agen skrub semula jadi untuk membersihkan periuk dan kuali yang sukar disental.
Dalam sistem penapisan air tradisional, kulit telur digunakan untuk menambah mineral dan meningkatkan kualiti air.
Menambah sedikit kulit telur ketika membancuh kopi dapat mengurangkan rasa pahit. Malah, kulit telur yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: