
PETALING JAYA – MBSB mengumumkan kerjasama strategik bersama Navigator Global, sebuah platform perdagangan global inovatif yang dibangunkan oleh Kumpulan Santander, bertujuan untuk merevolusikan cara perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia mengakses pasaran antarabangsa.
Melalui kerjasama tersebut, MBSB akan menghubungkan perniagaan Malaysia dengan platform digital Navigator Global yang canggih, menawarkan rangkaian alat menyeluruh yang mempermudah perdagangan antarabangsa dan mempercepat pertumbuhan.
Ini termasuk pelan tindakan masuk pasaran yang disesuaikan, maklumat pasaran global secara masa nyata, rangkaian luas penyedia dan pakar tempatan yang disahkan, serta kalendar acara pendidikan dan webinar yang pelbagai untuk membantu PKS tempatan mengatasi halangan tradisional serta bersaing dengan lebih yakin di pasaran global.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB, Rafe Haneef berkata, kerjasama dengan Navigator Global merupakan pencapaian penting bagi MBSB dan masa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: