
Kerajaan Kelantan telah mengumumkan lesen untuk pendulang emas di tanah kerajaan di negeri itu.
Memetik Berita Harian, pendulang mestilah rakyat Kelantan dan membuat bayaran RM100 setahun.
Baca Juga:
Permohonan lesen boleh dibuat melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG) mulai bulan depan.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata pendulang hanya dibenar menggunakan kaedah tradisional tanpa sebarang alat atau mesin serta mendulang di kawasan yang diwartakan sebagai tanah kerajaan sahaja.
Kawasan mendulang yang dikenal pasti ada empat iaitu di Tanah Merah, Gua Musang, Jeli dan Kuala Krai.
Hasil emas perlu dijual kepada pembeli emas berlesen dengan kerajaan negeri kerana pembeli emas berkenaan juga perlu membayar royalti.
“Mereka yang mahu menjadi pembeli emas perlu memohon lesen dan terbuka untuk sesiapa sahaja rakyat Kelantan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat EXCO, di sini hari ini.
Pendulang yang mendulang di…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: