
MELAKA – EP Manufacturing Berhad (EPMB) melancarkan kemudahan pembuatan Fasa 2 di sini bertujuan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran tahunannya kepada 30,000 unit setahun berbanding 6,000 unit pada masa ini.
Pengerusi Eksekutif EPMB, Hamidon Abdullah berkata, kemudahan itu juga dilihat dapat mempercepatkan transformasinya daripada pembekal komponen Tahap-1 kepada rakan pemasangan kenderaan bersepadu secara menegak bagi jenama kereta global.
Sejak EPMB memulakan pembinaan Fasa 1 kemudahan pembuatannya pada suku keempat 2023, lebih 6,000 unit GWM H6 HEV telah dikeluarkan dan dijual di Malaysia.
Menurut beliau, pengeluaran rintis bagi BAIC X55 & BJ40 telah diselesaikan pada November 2025, dengan pengeluaran penuh dijadualkan bermula pada Januari 2026. Pengeluaran rintis bagi kenderaan MG pula dijangka bermula pada Februari 2026.

Seiring dengan kapasiti pengeluarannya yang semakin berkembang, keupayaan pemasangan automotif EPMB disokong oleh kilang pembuatan komponen…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: