Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

DAP Tuntut Iktiraf UEC, PMX Bidas Tak Setuju

today12 December 2025

Background
DAP Tuntut Iktiraf UEC, PMX Bidas Tak Setuju


Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan DAP yang mahu kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

Menurutnya, ini kerana tuntutan itu hanya menjurus kepada satu kaum dan satu bahasa sahaja, petik Harian Metro.

Baca Juga:

Pada masa sama beliau tidak akan bersetuju dan melayan tuntutan yang melanggar prinsip kerajaan dalam mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

“Saya dah jelaskan, saya tak peduli siapa dia, parti mana, pengaruh mana. Kalau saya mahu didukung sebagai Perdana Menteri, saya mesti pertahankan prinsip perlembagaan.

“Apa yang berbeza? Perbezaannya ialah tuntutan itu, tuntutan yang menjurus kepada satu kaum dan satu bahasa. Itu saya tidak setuju sama sekali. Bawa dulu mesej pertahankan martabat bahasa kebangsaan.

“Kemudian rangkul sekali keperluan penguasaan bahasa lain. Itu kita boleh terima,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nur Al-Hidayah, Kampung Kelibang, di sini,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post