Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

M&G catat hasil RM98.3 juta suku kedua

today16 December 2025

Background


PETALING JAYA – Marine & General Berhad (M&G) mencatat hasil sebanyak RM98.3 juta naik 5.7 peratus bagi suku kedua berakhir 31 Oktober 2025  (Q2 FY2026) berbanding RM93.1 juta pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, peningkatan hasil ini didorong terutamanya oleh penggunaan armada yang lebih baik merentasi kedua-dua bahagian huluan dan hiiran.

Kumpulan juga mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM15.4 juta yang mana ia adalah 16 peratus lebih rendah berbanding RM18.3 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lalu.

“Ini disebabkan perbelanjaan operasi yang lebih tinggi, khususnya kos pembaikan dan penyelenggaraan dalam bahagian huluan,” katanya.

Bagi tempoh kumulatif enam bulan, Kumpulan mencatatkan hasil sebanyak RM197.8 juta, peningkatan 7.3 peratus daripada RM184.3 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Ini disokong oleh penggunaan armada yang lebih kukuh serta kadar sewaan yang lebih…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post