
Kadang-kadang, bahaya online tak datang dengan amaran. Ia muncul senyap-senyap, dan bila kita sedar, kerosakan dah pun berlaku.
Isu seperti Child Sexual Abuse Material (CSAM) dan penipuan kewangan bukan benda baru, tapi hari ini ia merebak jauh lebih pantas. Dalam banyak kes, bukan niat yang menentukan kesan, tetapi seberapa cepat tindakan diambil. Bila sekatan dibuat terlalu lambat, bahaya bukan saja berulang, malah ia berganda.
Sebab itu, Online Safety Act 2025 (ONSA) menekankan satu perkara iaitu hentikan mudarat sebelum ia merebak. Persoalannya kini bukan lagi soal tanggungjawab, tetapi adakah platform bertindak cukup awal untuk melindungi pengguna?
Di alam digital, beberapa minit sudah cukup untuk kandungan berbahaya tersebar ke ratusan akaun lain. Sama ada CSAM atau scam, kelewatan bertindak memberi ruang kepada pelaku untuk terus bergerak tanpa halangan. Sekali terlepas, kandungan itu boleh dimuat turun, dikongsi semula dan muncul kembali di platform lain.
Sebab itu, jumlah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: