
Malaysia bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat Myanmar 3-3 pada aksi pembukaan Kejuaraan Futsal B-19 ASEAN 2025 yang berlangsung di Stadium Nonthaburi, Thailand sebentar tadi.
Skuad muda negara yang bermula agak gugup pada separuh masa pertama tersentak dengan tiga jaringan berjaya dihasilkan Myanmar.
Myanmar membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi Kyaw Min Khant tetapi kelebihan itu dipadamkan Iqbal Hazim Radzi berselang seminit kemudian.
Memasuki minit ke-10, Hae Mar Htay melakukan percubaan jarak jauh yang gagal diselamatkan penjaga gol negara, Mohammad Ammar Harith Mohammad.
Ammar Harith sekali lagi hampa apabila rembatan dari luar kawasan D oleh Kaung Htet Naing terus menerjah ke gawangnya pada minit ke-18.
Skuad Futsal B-19 Malaysia Kembali Bangkit
Namun kebangkitan anak buah Rakphol Sainetngam itu jelas terserlah selepas rehat apabila mereka meningkatkan intensiti permainan serta memperkemaskan organisasi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: