Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Polis Tolong Buat 39C’ – Kisah Tokwan Berpakat Dengan AADK, Tangkap Cucu Tahi Dadah

today6 January 2026

Background
'Buat 39C' – Kisah Tokwan Rancang Tangkap Cucu Tahi Dadah Runtun Hati Netizen


Dalam hubungan ahli keluarga, selalunya datuk, nenek dan cucu mempunyai satu pertalian yang cukup rapat.

Apa-apa sahaja yang cucu mahukan, pasti datuk dan nenek akan penuhi. Melebihi anak sendiri.

Baru-baru ini Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Muda kongsikan satu kisah yang meruntun jiwa netizen.

“Kunjungan kami ke kampung menemukan kami dengan Tokwan dan Toknek yang menceritakan kesengsaraan yang dialami mereka.

“Cucu yang berusia lingkungan 30an tidak mahu dengar cakap dan hisap dadah tak berhenti.

“2 hari yang lepas Tokwan pergi buat laporan dekat balai suruh datang tangkap. Tokwan ini cerdik, pakat elok-elok. Tapi dia kata mereka tak jaga pintu depan,” pelan mereka berjalan lancar apabila cucu Tokwan itu duduk di dalam bilik.

Menurut AADK, jika cucu itu berada di luar, memang sukar untuk menangkapnya kerana dia boleh berlari laju.

Tokwan dan Toknek berasa sangat sebak apabila melihat cucu sendiri ditangkap di hadapan matanya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post