
Akibat mengalami sesak nafas secara tiba-tiba, seorang lelaki seberat lebih 200 kilogram terpaksa dikejarkan ke hospital dalam satu operasi mencabar di Bandar Laguna Merbok, Sabtu lalu.
Menurut laporan portal Weirdkaya yang memetik hantaran di Facebook, pasukan ambulans yang pertama tiba di lokasi pada mulanya menghadapi kesukaran untuk membawa pesakit berikutan fasiliti yang terhad.

Saiz badan pesakit yang luar biasa memerlukan alternatif lain yang lebih selamat bagi mengelakkan sebarang risiko.
Keadaan tersebut menyebabkan beberapa pasukan kecemasan dan sukarelawan terpaksa digerakkan.
Team Bantuan Sungai Petani (TBSP) telah menghantar kenderaan MPV mereka serta bekerjasama Ambulans Yayasan Tengku Kassim serta Pasukan Bomba Sukarela Sungai Petani.

Seramai tujuh hingga lapan anggota penyelamat terpaksa berganding bahu mengangkat pesakit itu secara manual kerana dia tidak dapat diletakkan di atas pengusung…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: